SEMAK JADUAL BAHARU KUTIPAN SISA PEPEJAL DI KAWASAN ANDA

Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) ingin memaklumkan bahawa terdapat perubahan jadual perkhidmatan kutipan sisa pepejal bagi kawasan taman perumahan di Negeri Kedah dan Perlis.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan pentadbiran MPSPK disarankan untuk menyemak jadual kutipan terkini dan memastikan tong sampah atau sisa pepejal diletakkan di lokasi yang ditetapkan mengikut hari serta waktu kutipan yang baharu bagi membantu melancarkan operasi perkhidmatan.

Imbas kod QR yang disediakan untuk mendapatkan maklumat jadual kutipan terkini bagi kawasan kediaman anda.

Kerjasama semua penduduk dalam mematuhi jadual baharu ini amatlah dihargai demi memastikan persekitaran bandar sentiasa bersih, indah dan sejahtera. Sebarang kesulitan yang timbul berikutan perubahan jadual ini amatlah dikesali.

Skip to content