𝟐 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐀𝐇𝐀𝐃

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐀𝐩𝐫𝐞𝐬𝐢𝐚𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐂𝐚𝐬𝐡𝐥𝐞𝐬𝐬 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓

Majlis Apresiasi Kedah Cashless Tahun 2025 telah diadakan bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, Majlis Daerah Baling. Majlis tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan Bin Khazali SSDK., DSDK., AMK., BCK.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Haji Ahmad Fuad b. Che Ani @ Abd. Ghani AMK., AMN., BCK., Tuan Setiausaha Majlis Daerah Yan, Encik Mohamad Izwan bin Dato’ Paduka Mohd Omar serta Penolong akauntan, dan staff jabatan perbendaharaan Majlis Daerah Yan.

Majlis pada hari ini merupakan kali keempat dianjurkan bagi menghargai usaha yang telah dilakukan oleh jabatan pemungut hasil negeri kedah dalam pelaksanaan Inisiatif Kedah Cashless.

Kategori penghargaan adalah seperti berikut:

PBT ( Daerah Besar)
PBT ( Daerah Kecil)
Pejabat Tanah ( Daerah besar)
Pejabat Tanah ( Daerah Kecil)

Pemenang diberi trofi dan wang tunai.

Pemenang pertama Trofi dan wang tunai RM20,000
Pemenang kedua – trofi dan wang tunai rm15000
Pemenang ketiga – trofi dan wang tunai RM 12000
Saguhati – Trofi dan wang tunai rm5000

Kategori PBT ( Daerah besar)

Tempat pertama: Majlis Perbandaran Kulim
Tempat kedua : Majlis Daerah Baling
Tempat Ketiga : Majlis Perbandaran Kubang Pasu

Kategori Daerah kecil

Tempat pertama: Majlis Daerah Yan
Tempat kedua : Majlis Daerah Pendang
Tempat ketiga: Kulim Hitech

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja Majlis Daerah Yan atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh budaya kerja cemerlang serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Skip to content