2 Julai 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah dinobatkan sebagai Tempat Pertama bagi Kategori Pihak Berkuasa Tempatan (Daerah Besar) dalam Majlis Apresiasi Kedah Cashless. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim, telah hadir mewakili MPKK bagi menyempurnakan penerimaan hadiah kemenangan tersebut. Turut hadir Encik Halimin bin Lahaming, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan dan Puan Che Murshiha binti Makhtar, Pengarah Jabatan Perbendaharaan.

Kejayaan ini membuktikan komitmen MPKulim dalam memperkasa perkhidmatan digital, memudahkan urusan masyarakat, serta menyokong agenda Kedah Cashless ke arah pentadbiran yang lebih moden, cekap dan mesra rakyat.

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga kerja MPKK atas pencapaian yang membanggakan ini! Terus maju, terus cemerlang!

MPKK juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh penduduk Kulim yang telah menyahut inisiatif pembayaran tanpa tunai (cashless).

Sokongan dan kerjasama anda amat kami hargai dalam bersama-sama merealisasikan perkhidmatan yang lebih cekap, mudah dan moden untuk semua.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

See less

Skip to content