1 Julai 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah menerima kunjungan hormat daripada Federation of Malaysian Manufacturing (FMM) Cawangan Kedah/Perlis.

Delegasi tersebut diketuai oleh Tuan Ng Lai Choon, Pengerusi Federation of Malaysian Manufacturing (FMM) Cawangan Kedah/Perlis.

Kunjungan hormat Delegasi FMM ke MPKK bertujuan mengadakan sesi libat urus bagi berkongsi pandangan, mengemukakan cadangan serta memberikan maklum balas berhubung isu-isu yang berkaitan dengan sektor perindustrian dan penyampaian perkhidmatan pihak berkuasa tempatan.

Dalam sesi tersebut, YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK, berbesar hati untuk menjadikan pihak FMM sebagai rakan strategik rasmi yang berperanan membantu MPKK dalam membawa dan mengetengahkan isu-isu berbangkit di peringkat ahli FMM dan pemain industri.

Ia merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara pihak berkuasa tempatan dengan pemain industri, di samping membuka ruang kolaborasi yang lebih erat, berkesan dan berfokus.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content