1 Julai 2026 – Satu sesi penjurian telah berlangsung di Perkarangan Lobi, MPKK bagi menilai hasil reka bentuk arca sempena Jubli Perak 25 Tahun Majlis Perbandaran Kulim Kedah.

Pertandingan ini bertujuan memilih reka bentuk arca yang berpotensi menjadi mercu tanda baharu Kulim, melambangkan identiti, kreativiti, kemajuan dan aspirasi MPKK ke arah masa hadapan yang lebih moden dan dinamik.

Sesi penjurian ini telah dinilai oleh panel juri iaitu Puan Noorul Azyyati Binti Ahmad Salmi, Setiausaha MPKK; Ar. Tan Yeong Keat dari EVO Architects dan Ar. Haji Mohd Nazri bin Harun, serta dibantu oleh penasihat juri dari Jabatan Kejuruteraan MPKK, iaitu Puan Nur Syafiah binti Mohd Yunus dan Encik Muhammad Ariff bin Md Saad.

Daripada 16 penyertaan keseluruhan, sebanyak 5 penyertaan telah berjaya disenarai pendek untuk penilaian seterusnya.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan panel juri serta penasihat juri atas komitmen, penelitian dan profesionalisme sepanjang sesi penjurian ini berlangsung.

Pengumuman rasmi pemenang akan dibuat pada akhir Julai 2026. Nantikan keputusannya!

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#jubliperakmpkk

Skip to content