DELEGASI TPO TERUSKAN PROGRAM DENGAN LAWATAN KELILING BANDAR RAYA, KETENGAH WARISAN ALOR SETAR
Alor Setar, 24 Jun 2026 – Sorotan foto sekitar ‘Alor Setar City Tour’ bagi delegasi Tourism Promotion Organization for Asia Pacific Cities (TPO) Regional Meeting 2026, bagi memperkenalkan tarikan pelancongan utama di bandar raya ini secara lebih dekat.
Siri lawatan bandar diketuai oleh Encik Hairul Reazuan Asmayadi, wakil dari Kedah Tourist Guide Association (KTGA) telah membawa delegasi antarabangsa dan tempatan meninjau keunikan seni bina, sosiobudaya, serta tapak warisan bersejarah yang menjadi kebanggaan ibu negeri Kedah.
Bagi menonjolkan keistimewaan bandar raya ini, antara lokasi ikonik dan bersejarah yang diketengahkan dalam rangka lawatan tersebut termasuklah Dataran Medan Bandar, Masjid Zahir, Balai Besar, Balai Nobat, Balai Seni, Urban Forest 1, Muzium Diraja Kedah, Pekan Rabu, Pekan Cina serta rumah negawaran Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Secara keseluruhannya, kejayaan penganjuran Bengkel Pelancongan dan TPO Regional Meeting 2026 yang melibatkan penyertaan seramai 80 orang peserta ini telah membuktikan komitmen jitu Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dalam mengangkat sektor pelancongan tempatan.
Inisiatif berskala antarabangsa ini secara tidak langsung berjaya memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik antara bandar-bandar anggota, di samping terus mempromosikan Alor Setar sebagai sebuah destinasi pelancongan yang berdaya saing, mampan, dan mesra komuniti di pentas global.
