KAMPUNG CHALUNG HALAL FOOD, PERKUKUH HUBUNGAN DUA HALA MALAYSIA-THAILAND

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Satun, Thailand, 26 Jun 2026 – Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya telah hadir ke Majlis Perasmian Halal Street Food Chalung “Kampung Chalung Halal Food” yang diadakan di Satun, Thailand, petang semalam. Program tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan Thailand, Cik Sabida Thaised yang merupakan wanita beragama Islam pertama yang dilantik memegang jawatan kabinet tersebut.
 
Festival Kampung Chalung Halal Food ini berjaya menarik kehadiran ramai pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat dengan menampilkan aneka makanan halal dari peniaga Malaysia dan Thailand. Acara ini telah diserikan dengan penyertaan 10 peniaga dari Alor Setar, serta kempen promosi acara kayuhan basikal “Isuzu 16th Cycle For Health & Environment 2026” oleh Isuzu Alor Setar yang bakal berlangsung di bandar raya ini pada 5 September nanti..
 
Hadir sama Ahli Parlimen Wilayah Satun Kawasan 1, Encik Peerapat Ratchakitprakarn; Datuk Bandar/Ketua TAO Chalung, Encik Sujrit Yamasa; Gabenor Wilayah Satun, Encik Kanit Kongchai; Ahli-Ahli Majlis MBAS, pengarah-pengarah dan ketua-ketua bahagian MBAS serta pegawai-pegawai terlibat.
 
 
Skip to content