KUNJUNGAN HORMAT TJ GROUP KE ATAS DATUK BANDAR ALOR SETAR, BENTANG CADANGAN PEMBANGUNAN SKIM KOMERSIAL AKAN DIBANGUNKAN DI LOT 450, SEKSYEN 35, JALAN TUN RAZAK, ALOR SETAR

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 2 Julai 2026 – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya terima kunjungan Pengurusan TJ Group di Ibu Pejabat MBAS, hari ini.
 
Ia dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif TJ Group, Dato’ Teoh Teik Jin; Ketua Pegawai Kewangan, Lee Shu Hua; Ketua Pegawai Operasi, Mak Kok Kheng; Eksekutif Pembangunan Perniagaan, Siti Safinar Che Keh; Arkitek Projek (Cipta Teguh Architect), Amirul Hazieq Abdul Aziz serta Pembantu Akitek (Cipta Teguh Architect), Nur Atikah Amir.
 
Kunjungan itu diadakan bagi membincangkan cadangan pembangunan Skim Komersial akan dibangunkan di atas sebahagian Lot 450, Seksyen 35, Jalan Tun Razak Bandar yang merangkumi pelbagai kemudahan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan komuniti setempat.
 
Projek ini dirancang untuk mewujudkan sebuah Pusat Komersial yang lebih dinamik dan mesra komuniti, sekali gus membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada usahawan tempatan, menyediakan peluang pekerjaan baharu, serta menawarkan kemudahan yang lebih lengkap kepada penduduk sekitar.
 
Selain merancakkan aktiviti ekonomi di Bandar Alor Setar, pembangunan ini juga dijangka menjadi lokasi tumpuan masyarakat untuk berniaga, menjamu selera, beriadah dan mengadakan pelbagai aktiviti komuniti. Dengan penyediaan kemudahan yang tersusun dan moden, projek ini diharap dapat meningkatkan kualiti hidup penduduk serta menyumbang kepada pembangunan mampan Negeri Kedah Darul Aman.
 
Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Ahli Majlis Zon 3 MBAS, Dato’ Ch’ng Boon Chye.
 
Skip to content