MBAS LAKSANA OPERASI BERSEPADU MENCEGAH KEKOTORAN DI TAMAN PERUMAHAN

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 28 Jun 2026 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Bahagian Penguatkuasaan dan Jabatan Kesihatan Persekitaran dengan kerjasama E-Idaman Sdn. Bhd. telah melaksanakan Operasi Mencegah Kekotoran di Taman Sireh, Bukit Pinang, pagi semalam.
 
Operasi pembersihan ini adalah susulan daripada siasatan awal terhadap satu aduan awam yang direkodkan pada 18 Oktober 2025. Rentetan daripada siasatan tersebut, satu notis arahan pematuhan di bawah Seksyen 46(1)(e) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) telah dikeluarkan terhadap pemilik premis.
 
Bagaimanapun, pemantauan susulan yang dilaksanakan pada 25 Januari 2026 mendapati pemilik kediaman masih gagal mematuhi arahan tersebut dan pihak berkuasa telah memberikan khidmat nasihat kepada pemilik premis. Situasi tersebut terus berlanjutan apabila pemantauan seterusnya pada 19 April 2026 mendapati timbunan sisa barangan lusuh semakin ketara di perkarangan premis.
 
Berdepan dengan isu ketidakpatuhan berterusan tersebut, pihak MBAS telah mengambil tindakan penguatkuasaan dengan melaksanakan kerja-kerja pembersihan secara menyeluruh di kawasan hadapan kediaman terbabit. Kesemua sisa barangan lusuh telah dibawa ke Tapak Pelupusan Sampah Jabi untuk tindakan lanjut mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.
 
MBAS menyeru kepada seluruh warga bandar raya Alor Setar untuk memikul tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan persekitaran demi kelestarian dan kesejahteraan hidup bermasyarakat.
 
Skip to content