OPERASI PEMERIKSAAN SYARAT LESEN PERNIAGAAN, MBAS PANTAU STATUS PENGGAJIAN WARGA ASING

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 16 Jun 2026 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Bahagian Pelesenan telah melaksanakan operasi pemeriksaan ke atas lapan buah premis perniagaan di sekitar bandar raya ini pada 15 dan 16 Jun lalu. Operasi penguatkuasaan ini memfokuskan kepada pematuhan syarat penggajian pekerja warga asing yang berpermit, selain memantau teliti larangan terhadap penempatan warga asing di kaunter hadapan premis.
 
Hasil operasi yang dijalankan, sebanyak empat buah premis merekodkan pematuhan penuh terhadap syarat pelesenan yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, dua buah premis telah dikesan melakukan pelanggaran syarat dan tindakan kompaun berserta amaran telah dikeluarkan dan khidmat nasihat serta bimbingan tatacara permohonan lesen baharu bersama pengusaha tempatan turut diberikan. Selain itu, dua buah premis lagi didapati tidak beroperasi ketika pemeriksaan dan akan dijadualkan untuk sesi pemantauan susulan dalam masa terdekat.
 
Pihak MBAS sentiasa komited untuk melaksanakan pemeriksaan secara menyeluruh dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana premis yang didapati melanggar syarat pelesenan.
 
Sehubungan dengan itu, orang awam digalakkan untuk terus memainkan peranan secara bersama dengan menyalurkan sebarang aduan atau cadangan terus kepada pihak MBAS bagi melancarkan proses tindakan susulan.
 
Skip to content