𝐂𝐇𝐀𝐍𝐆𝐋𝐔𝐍 – Dalam usaha berterusan untuk mempertingkatkan standard kebersihan dan keselamatan makanan di premis makanan, Kempen Kesihatan Persekitaran Premis Makanan Bersih telah dilaksanakan di Medan Selera Changlun, Kedah. Sesi libat urus bersama peniaga dan pengendali makanan ini dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran bagi memberikan kesedaran secara langsung serta memastikan pengurusan premis makanan di kawasan sekitar sentiasa mematuhi piawaian kesihatan yang ditetapkan demi kesejahteraan para pelanggan dan komuniti setempat.

Program melibatkan kerjasama daripada barisan Ahli Majlis MPKP, pengusaha dan pengendali makanan Medan Selera Changlun serta staff dari pelbagai jabatan MPKP. Melalui sesi libat urus yang diadakan, wakil MPKP menyampaikan taklimat penting mengenai aspek pengurusan sisa pepejal, penjagaan kebersihan ruang memasak, serta pematuhan garis panduan keselamatan premis makanan yang disambut baik dengan penuh tumpuan oleh komuniti peniaga yang hadir.

Bagi menyokong komitmen tersebut, MPKP menyampaikan sumbangan peralatan sokongan fizikal berupa tong sampah, alat pemadam api untuk kesiapsiagaan kebakaran di dapur, serta ‘First Aid Kit’. MPKP berharap agar program ini menjadi pemangkin kepada pembudayaan amalan kebersihan yang berterusan, sekaligus membuktikan kesungguhan peniaga Medan Selera Changlun dalam menyediakan persekitaran tempat makan yang bersih, ceria, dan selamat untuk dikunjungi.

#perbandaranbersihindah

#majlisperbandarankubangpasu

#MPKP

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan :

https://wa.link/c38jh1
Skip to content