



𝐊𝐔𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐒𝐔 – 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐛 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐑𝐞𝐤𝐫𝐞𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐚𝐬𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐚𝐬𝐮 telah berjaya menganjurkan Pertandingan Kacau Bubur Asyura 2026 pada Khamis, 9 Julai 2026. Program yang berlangsung di ruang tempat letak motorsikal berbumbung Majlis Perbandaran Kubang Pasu ini diadakan bertujuan untuk menghidupkan tradisi sempena bulan Muharram di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja majlis perbandaran tersebut.
Suasana di lokasi pertandingan kelihatan amat meriah apabila para peserta daripada pelbagai kumpulan bekerjasama mengacau bubur asyura di dalam kawah besar dengan penuh semangat dan ceria. Selain menguji kemahiran memasak hidangan tradisi, setiap pasukan juga menunjukkan kreativiti masing-masing dalam menghias meja hidangan untuk dinilai oleh barisan juri. Acara diakhiri dengan sesi ramah mesra, penilaian rasa, dan sesi fotografi beramai-ramai yang jelas mencerminkan semangat kerja berpasukan yang utuh.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1
