15 Julai 2026 – Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) telah menerima lawatan delegasi daripada Majlis Daerah Baling (MDB) bagi tujuan perkongsian ilmu, pengalaman serta amalan terbaik berkaitan pengurusan dan penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan.

Lawatan ini diketuai oleh Encik Ahmad Amin bin Khairuddin, Penolong Pegawai Penguatkuasa, Majlis Daerah Baling dan disambut oleh YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK, Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha MPKK serta warga kerja MPKK.

Seterusnya, taklimat proses pengurusan kenderaan terbiar disampaikan oleh Encik Badrulhilmi bin Sulaiman, Pengarah Jabatan Penguatkuasaan dan taklimat proses pengurusan aduan, pemantauan dan tindakan penguatkuasaan terhadap haiwan merayau disampaikan oleh Puan Mar Zatul binti Che Mohd, Ketua Unit, Unit Kesihatan Awam, Bahagian Perkhidmatan Perbandaran, Jabatan Kesihatan Persekitaran.

Lawatan delegasi ini menjadi medium perkongsian pengalaman antara PBT dalam memperkukuhkan aspek penguatkuasaan, meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan serta memperkasakan pengurusan bandar yang lebih selamat dan teratur.

MPKK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Majlis Daerah Baling atas kunjungan serta komitmen dalam menjayakan sesi perkongsian ilmu ini. Semoga kerjasama strategik antara PBT Negeri Kedah terus diperkukuhkan demi kesejahteraan masyarakat.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content