







Demi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara, Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan jalan di sekitar kawasan Kulim pada 9 Julai 2026 sehingga 13 Julai 2026.
Kerja-kerja ini melibatkan tindakan menampal serta meratakan semula permukaan jalan yang rosak bagi memastikan laluan lebih selamat, lancar dan selesa untuk kegunaan orang awam.
Antara lokasi yang terlibat adalah di sekitar Lorong Serai Wangi, Taman Serai Wangi dan Jalan Serai Setia, Taman Serai Setia.
MPKK sentiasa komited dalam meneliti setiap aduan dan maklum balas yang diterima daripada warga Kulim. Setiap laporan yang dikemukakan amat penting bagi membantu pihak MPKK mengenal pasti isu di lapangan serta melaksanakan tindakan penyelesaian dengan segera dan berkesan.
Komitmen ini mencerminkan usaha berterusan MPKK dalam memastikan persekitaran perbandaran yang lebih selamat, selesa dan teratur untuk semua.
Terima kasih kepada warga Kulim atas keprihatinan, kerjasama dan maklum balas yang diberikan. Teruskan menyalurkan aduan melalui saluran rasmi MPKK agar tindakan susulan dapat dilaksanakan demi kesejahteraan bersama.
Bersama-sama kita jadikan Kulim lebih indah, bersih, maju dan selamat.
“𝑴𝑷𝑲𝑲 𝑴𝒆𝒏𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒓, 𝑴𝑷𝑲𝑲 𝑩𝒆𝒓𝒕𝒊𝒏𝒅𝒂𝒌”