16 Julai 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah menganjurkan Program Bubur Asyura sempena Maal Hijrah 1448H bertempat di Dataran Putra, Kulim. Program ini bukan sekadar pertandingan, tetapi merupakan satu usaha untuk memastikan tradisi memasak bubur asyura terus dipelihara dan tidak ketinggalan dalam arus zaman yang semakin menjurus kepada teknologi.

Majlis telah dirasmikan oleh Yang Dipertua MPKK, Dato’ Elmi bin Yusoff. Dalam ucapan perasmian, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat serta menegaskan bahawa program seperti ini bukan sahaja mengekalkan tradisi masyarakat, malah menjadi platform untuk mengukuhkan hubungan, kerjasama dan perpaduan dalam kalangan komuniti.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang Pertandingan Memasak Bubur Asyura, iaitu Johan daripada Zon 12 yang diwakili oleh Ahli Majlis Encik Mohd Fahimy bin Jamaluddin bersama Pegawai Kawasan Encik Mohd Rafizi bin Abdul Rahim, diikuti Naib Johan daripada Zon 9 yang diwakili oleh Ahli Majlis Puan Norhayati binti Amran bersama Pegawai Kawasan Puan Farah Izah binti Abu Hassan, manakala Tempat Ketiga daripada Zon 3 yang diwakili oleh Ahli Majlis Encik Mohammad Iskandar Shah bin Ibrahim bersama Pegawai Kawasan Encik Hamdan bin Zarkasi.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ahli-Ahli Majlis, pegawai kawasan (Area Officer) bersama komuniti, PUSPANITA MPKK, Kelab Kebajikan Dan Sukan MPKK, urus setia, para peserta dan semua pihak yang terlibat. Terima kasih atas sokongan, komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini. Setiap penyertaan dalam pertandingan memasak bubur asyura, mewarna dewasa dan teka berat buah telah memeriahkan program serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan perpaduan komuniti.

Warisan terus dipelihara, perpaduan terus diperkasa, keharmonian komuniti terus disemai.

“Warisan Tradisi, Harmoni Komuniti”

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#MaalHijrah1448H

Skip to content