19 Julai 2026 – Karnival FIFA Final World Cup 2026 telah berlangsung dengan jayanya menerusi anjuran bersama Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ribuan pengunjung hadir memeriahkan karnival yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti perlawanan persahabatan antara MPKK FC dan Imigresen FC II, pertandingan e-sport, pertandingan penalty shoot out, cabutan bertuah serta tayangan secara langsung Perlawanan Akhir FIFA World Cup 2026.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri Malaysia; YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK; Tuan Mohd Faiq bin Dato’ Haji Mohamad, Penolong Pegawai Daerah Kulim; YDH CP Dato’ Adzli bin Abu Shah, Ketua Polis Kedah; YDH Supt. Syamsul bin Sinring, Ketua Polis Daerah Kulim; Tuan Ridzzuan bin Mohd Zain, Pengarah Imigresen Negeri Kedah; TKP Charin Promwichit A/L Chem, Pengarah Penjara Negeri Kedah; serta Puan Noorul Azzyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha MPKK. Beliau turut meluangkan masa menyantuni para pengunjung, melawat pameran agensi serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua agensi yang terlibat, para peserta, urus setia, sukarelawan serta seluruh warga Kulim yang hadir memeriahkan program ini. Kehadiran dan sokongan anda telah menjadikan karnival ini berlangsung dengan penuh semangat kesukanan, perpaduan dan kemeriahan.

Semoga program seperti ini terus menjadi platform mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat.

Terima kasih atas sokongan anda. Jumpa lagi di program akan datang!

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content