23 Julai 2026 – Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) telah melaksanakan operasi sitaan terhadap gerai penjaja tanpa lesen yang ditinggalkan di bahu jalan sekitar Taman Semarak, Kulim.

Operasi bersepadu ini melibatkan Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kejuruteraan, serta Ahli Majlis kawasan berkenaan. Operasi ini turut mendapat kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman sepanjang tindakan penguatkuasaan dijalankan.

Hasil operasi, sebanyak 3 buah gerai yang ditinggalkan di bahu jalan selepas aktiviti perniagaan telah disita. Tindakan tersebut diambil setelah pemilik gagal mematuhi notis halangan di tempat awam yang dikeluarkan di bawah Seksyen 46, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

MPKK mengingatkan semua peniaga supaya menjalankan perniagaan di lokasi yang dibenarkan, memiliki lesen yang sah serta tidak meninggalkan gerai atau peralatan perniagaan di bahu jalan dan kawasan awam.

Ikuti media sosial rasmi MPKK untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung tindakan penyelesaian aduan, hebahan semasa serta perkembangan perkhidmatan kepada warga Kulim.

Terima kasih atas keprihatinan warga Kulim dalam bersama-sama membantu mewujudkan persekitaran yang lebih indah, bersih, maju dan selamat

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#mpkkmendengarmpkkbertindak

Skip to content