PEMAKLUMAN
KAUNTER BERGERAK CUKAI PINTU MPSPK (PENGGAL 2/2026)
Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) akan mengadakan Kaunter Bergerak Cukai Pintu Penggal 2/2026 di beberapa lokasi seperti berikut:
Pasaraya GMart, Bakar Arang
31 Julai 2026 (Jumaat) & 1 Ogos 2026 (Sabtu)
10.30 pagi – 5.30 petang
Pasaraya Parkson, Taman Sejati
7 Ogos 2026 (Jumaat) & 8 Ogos 2026 (Sabtu)
10.30 pagi – 5.30 petang
Pasaraya Lotus’s, Lagenda Heights
14 Ogos 2026 (Jumaat) & 15 Ogos 2026 (Sabtu)
9.30 pagi – 4.30 petang
Pasaraya Lotus’s, Bandar Puteri Jaya
21 Ogos 2026 (Jumaat) & 22 Ogos 2026 (Sabtu)
9.30 pagi – 4.30 petang
Orang ramai dijemput hadir untuk menjelaskan bayaran Cukai Pintu Penggal 2/2026, menyemak maklumat akaun cukai taksiran serta mendapatkan perkhidmatan berkaitan yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).
Jangan tunggu saat akhir! Jelaskan bayaran Cukai Pintu anda mengikut tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan tunggakan dan sebarang tindakan penguatkuasaan.
Pelanggan juga dinasihatkan supaya mengaktifkan kad debit, kad kredit atau perbankan dalam talian (online banking) bagi memudahkan urusan pembayaran di Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah.
Ayuh, manfaatkan perkhidmatan Kaunter Bergerak MPSPK yang lebih mudah, cepat dan mesra pelanggan.

