28 Julai 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) berbesar hati menerima kunjungan kerja delegasi Penang Infrastructure Corporation (PIC) Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Puan Khadijah Binti Abdul Karim, Perancang Bandar, Penang Infrastructure Corporation.

Ketibaan delegasi telah disambut oleh Yang Dipertua MPKK, YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, bersama Setiausaha MPKK, Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, serta barisan Pengarah Jabatan dan warga kerja MPKK.

Dalam ucapan aluannya, Yang Dipertua MPKK menekankan kepentingan kerjasama strategik antara Kulim dan Pulau Pinang melalui perkongsian ilmu, pengalaman serta kepakaran. Beliau berharap lawatan ini dapat menjadi platform untuk memperkukuh hubungan dua hala, bertukar pandangan dan berkongsi amalan terbaik demi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Beliau turut menegaskan bahawa kerjasama erat antara sektor awam dan swasta perlu terus diperkukuh bagi memanfaatkan kepakaran, pengalaman serta kekuatan masing-masing dalam usaha merancakkan pembangunan negara.

Sementara itu, sesi taklimat telah disampaikan oleh TPr. Mohammad Fadhlan bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Perancangan dan Landskap MPKK, yang berkongsi mengenai pelaksanaan Inisiatif E10, iaitu amalan terbaik MPKK yang telah memberi manfaat kepada masyarakat serta mendapat perhatian pelbagai pihak berkuasa tempatan.

Delegasi kemudiannya dibawa melawat ke Bilik Kulim Intelligent Command Centre (KICC) bagi melihat sendiri penggunaan teknologi pintar dalam pengurusan bandar serta inisiatif yang dilaksanakan MPKK ke arah merealisasikan bandar pintar.

Lawatan kerja ini diharap dapat mengukuhkan hubungan strategik antara MPKK dan Penang Infrastructure Corporation (PIC) Sdn. Bhd., sekali gus membuka ruang kepada lebih banyak kerjasama dan perkongsian kepakaran pada masa hadapan.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content