5 OGOS 2026, Lawatan ini diadakan bagi meninjau dan mengenal pasti kerosakan yang terdapat di Taman Rekreasi Batu Hampar serta menentukan kaedah pemuliharaan dan penambahbaikan yang bersesuaian. Hasil lawatan ini akan dijadikan sebagai asas bagi tujuan permohonan peruntukan daripada agensi-agensi berkaitan untuk melaksanakan kerja-kerja pemulihan dan penambahbaikan di kawasan tersebut.

Kawasan tersebut merupakan salah satu lokasi tumpuan utama di Daerah Bandar Baharu, khususnya sebagai destinasi pilihan orang awam dan pelancong untuk menjalankan aktiviti riadah. Jumlah kunjungan ke kawasan ini lazimnya meningkat pada hujung minggu dan sepanjang musim cuti persekolahan.

Turut hadir bersama ialah Tuan Setiausaha Majlis Daerah Bandar Baharu dan Ketua – Ketua jabatan Majlis Daerah Bandar Baharu.

Skip to content