𝐂𝐇𝐀𝐍𝐆𝐋𝐔𝐍 – Majlis Perbandaran Kubang Pasu telah tercalon dalam senarai pendek PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERBAIK 2026 daripada 13 PBT yang mengambil bahagian dalam pengurusan Kempen Medan Selera Bersih Tahun 2026. Kriteria utama Medan Selera Changlun dipilih adalah kerana Medan Selera in terletak di kawasan komersial tumpuan orang ramai, laluan antarabangsa Malaysia – Thailand dan berpotensi diberi keutamaan dinaiktaraf untuk mencapai premis makanan Gred A.

Lawatan verifikasi merangkumi semakan data dan tinjauan di lapangan oleh panel dari pegawsi Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT iaitu Pn.Ts Rahayu binti Abu Bakar dan En. Norhafiz bin Maszalan.

Sepanjang kempen in berlangsung MPKP telah mendapat kerjasama dan sokongan yang padu dari pengurusan tertinggi MPKP, agensi daerah (SWCORP, ENVIRONMENT IDAMAN SDN BHD, JPS KUBANG PASU), Ahli Majlis MPKP ZON C, semua penyewa/peniaga Medan Selera dan jabatan – jabatan dalaman MPKP. Antara aktiviti yang di jalankan iaitu majlis pelancaran kempen, program gotong royong pembersihan medan selera,sesi libat urus dengan peniaga-peniaga,kerja menaiktaraf kemudahan awam dan pengindahan di premis medan selera serta kawasan sekitar.

Tahniah di ucapkan atas peningkatan cemerlang dalam aspek kebersihan dan pengurusan medan selera ini daripada Gred B kepada Gred A selepas pelaksanaan kempen ini. Pencapaian ini membuktikan komitmen dan kerjasama semua pihak dalam memastikan tahap kebersihan,keselamatan makanan serta keselesaan pelanggan sentiasa berada pada tahap terbaik.

Semoga pencapaian ini dapat dikekalkan dan menjadi contoh kepada medan selera milik MPKP yang lain dalam usaha menwujudkan persekitaran makanan yang Bersih,Selamat dan Berkualiti.

#perbandaranbersihindah

#majlisperbandarankubangpasu

#MPKP

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content