SESI PENJURIAN TOTYA 2026 : MPSPK ANTARA 5 FINALIS TOTYA 2026
Tandas Awam Ujana Perbandaran, Bandar Puteri Jaya berjaya melakar pencapaian membanggakan apabila tersenarai dalam 5 terbaik peringkat kebangsaan bagi kategori Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sempena Anugerah Tandas Terbaik 2026 (TOTYA 2026) anjuran Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.
Tandas yang dinaik taraf mengangkat konsep BIC iaitu Bersih, Indah dan Ceria, antaranya menyediakan kemudahan mesra OKU yang lebih selesa, ruang menunggu yang selesa, sistem tadahan air hujan serta penyiraman bunga automatik.
Sesi Kunjungan & Penilaian Juri Totya 2026 berlangsung pada hari ini yang dinilai oleh tiga panel juri profesional bagi sesi penilaian akhir iaitu :
◉ Encik Nor Azman bin Amat Kalam : Exco Kebangsaan, Persatuan Bilik Air Berkualiti Malaysia (QRAM)
◉ Encik Zulkifli bin Mohammad dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
◉ Puan Rohana binti Rahmat dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
Yang Dipertua MPSPK, YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah dan Setiausaha MPSPK, Encik Mohamad Hilmi bin Marzuki, turut bersama-sama ke lawatan tapak dan pameran sebelum diteruskan dengan sesi Exit Conference di MPSPK.
Yang Dipertua menegaskan bahawa walaupun ianya hanyalah tandas namun komitmen MPSPK terhadap kebersihan, keselesaan, inovasi dan kualiti kemudahan awam sangat diutamakan.
Doakan kejayaan MPSPK untuk melakar kemenangan di pentas TOTYA 202
Klik untuk gambar sekitar program.Klik untuk video sekitar program.








