
Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) dengan ini mempelawa rakyat Negeri Kedah Darul Aman yang berkelayakan untuk mengemukakan permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan di ALAMKU, Majlis Perbandaran Kulim seperti ketetapan berikut:
Jawatan: Guru Taska/Tadika
Klasifikasi Perkhidmatan: Taska/Tadika ALAMKU
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Taraf Jawatan: Kontrak
Jumlah Kekosongan: 2
Pemohon hendaklah merupakan warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki Sijil/Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, telah mengikuti Kursus Asuhan PERMATA, serta mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang taska atau tadika.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 𝟐𝟐 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔.
Borang permohonan boleh diperoleh secara dalam talian melalui pautan atau dengan mengimbas kod QR yang tertera pada poster iklan. Borang permohonan hendaklah dikemukakan ke Pejabat ALAMKU.
Sehubungan itu, calon yang memenuhi syarat dan berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan sebelum atau pada tarikh tutup yang telah ditetapkan