PEMAKLUMAN KERJA-KERJA NAIK TARAF KEMUDAHAN LALUAN PEJALAN KAKI DAN PENGINDAHAN LANDSKAP DI TAMAN JUBLI PERAK

Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja menaik taraf kemudahan laluan pejalan kaki serta pengindahan landskap di Taman Jubli Perak akan dilaksanakan bagi mewujudkan persekitaran yang lebih selesa, selamat, kemas dan menarik untuk dinikmati oleh warga Sungai Petani.

Tarikh : 1 September 2026 hingga 24 November 2026
Tempoh :12 minggu
Lokasi : Taman Jubli Perak, Sungai Petani

Sepanjang tempoh kerja-kerja dilaksanakan, pengguna dinasihatkan agar berhati-hati, mematuhi papan tanda keselamatan dan arahan petugas di kawasan berkenaan.

Usaha ini merupakan sebahagian daripada komitmen MPSPK untuk terus memperindah ruang awam serta menyediakan kemudahan rekreasi yang lebih berkualiti demi kesejahteraan masyarakat.

Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali. Kerjasama, kesabaran dan keprihatinan semua pihak sepanjang tempoh pelaksanaan kerja amatlah dihargai.

Sedikit gangguan hari ini, demi keselesaan yang lebih baik untuk dinikmati bersama pada masa hadapan.

Terima kasih atas kerjasama semua.

Skip to content