18 Ogos 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah menganjurkan Konvoi Merdeka MPKK Prihatin “Jelajah Merdeka, Santuni Komuniti” 2026 dengan penglibatan kira-kira 200 orang peserta.

Konvoi ini diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim, Dato Haji Elmi bin Yusoff. Turut hadir Pengerusi PUSPANITA MPKK, Datin Azlina binti Md Zuki, Ketua Whip Ahli Majlis, Tuan Haji Badrol Hisam bin Mohd Yusoff, Setiausaha MPKK, Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, serta barisan Ahli Majlis, pengarah dan warga kerja MPKK.

Program turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Perpaduan Daerah Kulim, Pejabat Penerangan Daerah Kulim dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membantu memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang perjalanan.

Program ini turut diserikan dengan penyampaian bantuan makanan dan barangan keperluan kepada wakil-wakil dari setiap zon di bawah pentadbiran MPKK. Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Dato’ YDP dan Pengerusi PUSPANITA MPKK, YBhg. Datin Azlina binti Md Zuki, sebagai tanda keprihatinan dan usaha menyantuni komuniti setempat.

Program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara warga MPKK dan komuniti setempat.

Jelajah Merdeka, Santuni Komuniti!

Kulim Perintis Kemajuan, Menerajui Masa Hadapan Kedah.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content