18 Ogos 2026 – Meneruskan semangat keprihatinan dan kebersamaan keluarga besar Majlis Perbandaran Kulim (MPKK), Program Ziarah Kasih sempena sambutan Jubli Perak 25 Tahun MPKK telah diteruskan bagi menziarahi serta menyantuni lima orang pesara MPKK yang memerlukan perhatian dan sokongan.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua; Datin Azlina binti Md Zuki, Pengerusi PUSPANITA MPKK bersama wakil-wakil daripada jabatan, Kelab Kebajikan dan Sukan serta ahli PUSPANITA MPKK dalam menyampaikan tanda ingatan kepada para pesara yang pernah mencurahkan bakti sepanjang perkhidmatan bersama MPKK.

Sumbangan berbentuk barangan keperluan asas serta bantuan kewangan telah disampaikan sebagai tanda penghargaan atas jasa, komitmen dan pengorbanan para pesara dalam menyumbang khidmat kepada organisasi dan masyarakat.

Semoga ikatan silaturahim yang terjalin ini terus diperkukuhkan, dan semoga para pesara sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia serta berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content