23 Ogos 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) berbesar hati menerima kunjungan hormat dan kerjasama strategik daripada Asia Zinc Innovations Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Mr. Sun Lin @ Max, Pengerusi Asia Zinc Innovations Sdn. Bhd.

Ketibaan delegasi telah disambut oleh Yang Dipertua MPKK, YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, bersama Setiausaha MPKK, Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, serta barisan Pengarah Jabatan dan warga kerja MPKK.

Dalam ucapan aluannya, Yang Dipertua MPKK mengalu-alukan kehadiran delegasi serta menyambut baik jalinan kerjasama strategik antara MPKK dan Asia Zinc Innovations Sdn. Bhd. Beliau berharap kunjungan ini dapat menjadi platform untuk memperkukuh hubungan antara kedua-dua pihak melalui perkongsian pandangan dan kepakaran, di samping meneroka potensi kerjasama yang dapat memberi manfaat kepada pembangunan Kulim pada masa hadapan.

Sementara itu, Mr. Sun Lin @ Max turut menyampaikan ucapan balas sebelum sesi diteruskan dengan taklimat pelabur serta tayangan video oleh pihak delegasi.

MPKK turut berkongsi mengenai Inisiatif E10 menerusi tayangan video, sebelum kedua-dua pihak meneruskan sesi perbincangan strategik bagi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama yang berpotensi.

Kunjungan ini turut diserikan dengan sesi menandatangani Sijil Rakan Strategik serta penyampaian cenderahati sebagai simbolik kepada hubungan dan komitmen kerjasama yang terjalin antara kedua-dua pihak.

Kunjungan hormat ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan strategik antara Majlis Perbandaran Kulim dan Asia Zinc Innovations Sdn. Bhd., sekali gus membuka ruang kepada jalinan kerjasama yang lebih luas, perkongsian kepakaran serta peluang pembangunan yang dapat memberikan manfaat bersama pada masa hadapan.

Klik untuk gamba sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content