𝐊𝐔𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐒𝐔 – Pihak Majlis Daerah Sik telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Stadium Mini Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Kedah Darul Aman pada hari ini jam 10.30 pagi. Program yang berlangsung pada hari Isnin bersamaan 11 Rabiulawal 1448H ini melibatkan penyertaan daripada kakitangan Jabatan Kejuruteraan serta Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta (Unit Fasiliti) Majlis Daerah Sik.

Lawatan berkenaan bertujuan untuk memberi pendedahan dan perkongsian maklumat teknikal secara mendalam kepada para peserta berkaitan reka bentuk sistem padang serta pemasangan lampu limpah stadium. Selain itu, sesi ini turut merangkumi perbincangan mengenai kerja-kerja penyelenggaraan padang secara berkala dan kaedah penandaarasan serta semakan kadar bayaran sewaan padang untuk penambahbaikan pengurusan fasiliti di Majlis Daerah Sik.

#perbandaranbersihindah

#majlisperbandarankubangpasu

#MPKP

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content