
20 Ogos 2026 – Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim (MPKK), Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, telah mengadakan perjumpaan bersama pasukan kawad MPKK bagi menyampaikan amanat, penghargaan serta kata-kata semangat menjelang penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan kawad bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah pada 31 Ogos 2026.
Dalam perjumpaan tersebut, beliau menzahirkan penghargaan atas komitmen, disiplin dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh setiap anggota pasukan dalam menjalani latihan persediaan kawad. Beliau juga turut menekankan kepentingan menjaga disiplin, kekemasan serta semangat berpasukan dalam setiap langkah ketika membawa nama MPKK.
Beliau juga turut berharap agar pasukan kawad MPKK dapat memberikan persembahan yang terbaik dan semangat juang yang tinggi, sekali gus mencerminkan imej patriotisme warga Majlis Perbandaran Kulim.