23 Ogos 2026 – Program Pembudayaan Landskap Rakan Taman di Bandar Permata Lunas Fasa 2 telah dilaksanakan dengan jayanya menerusi pelbagai pengisian yang melibatkan penyertaan aktif komuniti setempat.

Pelaksanaan program ini menjadi salah satu platform dalam memperkukuh penglibatan komuniti bagi membudayakan amalan penjagaan, pengindahan dan penyelenggaraan landskap secara terancang, berterusan dan lestari.

Antara pengisian yang telah dilaksanakan ialah aktiviti penanaman pokok, penyerahan peralatan penyelenggaraan taman kepada komuniti, persembahan serta pelbagai aktiviti yang melibatkan penyertaan penduduk setempat.

Majlis telah dirasmikan oleh Encik Abdullah bin Hamid, Ahli Majlis Zon 13. Turut hadir ialah Encik Mahathir bin Muhamed, Pengarah Bahagian Promosi dan Industri Landskap, Jabatan Landskap Negara; barisan pengarah Majlis Perbandaran Kulim serta warga kerja Majlis Perbandaran Kulim.

Program turut diserikan dengan penyerahan peralatan penyelenggaraan taman kepada komuniti sebagai usaha menyokong pengurusan dan penyelenggaraan landskap setempat. Selain itu, turut diadakan Penyampaian Anugerah Tokoh Kepimpinan Rakan Taman 2025 sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan terhadap sumbangan serta komitmen dalam memperkasa pembangunan dan pengurusan landskap komuniti.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama, sokongan dan komitmen dalam menjayakan program ini.

Semoga pelaksanaan Program Pembudayaan Landskap Rakan Taman di Bandar Permata Lunas Fasa 2 dapat terus memperkukuh semangat kejiranan dan kerjasama dalam kalangan komuniti, meningkatkan rasa tanggungjawab bersama terhadap penjagaan persekitaran serta mewujudkan kawasan komuniti yang lebih indah, bersih, teratur dan lestari.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content