

26 Ogos 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah menganjurkan Majlis Hi-Tea bersama Ahli Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) sebagai penghargaan atas komitmen dan kerjasama semua pihak dalam memperkukuh kelancaran urusan pembangunan di daerah Kulim.
Majlis ini turut menjadi wadah untuk merakamkan penghargaan kepada Puan Fakhriyah binti Hanafi, Pengarah Unit Pusat Setempat (OSC), yang bakal meneruskan khidmat di Pejabat Projek Zon Utara, PLANMalaysia, berkuat kuasa 1 September 2026. Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Jawatankuasa OSC serta berharap komitmen dan kerjasama yang telah terjalin dapat terus diperkukuhkan.
Ketua Whip Ahli Majlis, Tuan Haji Badrol Hisam bin Mohd Yusoff pula menzahirkan penghargaan khususnya kepada Pengarah OSC atas peluang yang diberikan untuk memahami proses pembangunan dan peranan OSC dengan lebih mendalam, sekali gus memperkukuh peranan Ahli Majlis dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.
Sementara itu, YBhg. Dato’ Yang Dipertua MPKK menyifatkan Puan Fakhriyah sebagai seorang figura yang rajin, komited dan berdedikasi. Beliau turut merakamkan penghargaan atas segala jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan serta mendoakan agar beliau terus cemerlang dalam menggalas amanah di tempat baharu.
Semoga Puan Fakhriyah terus cemerlang dan sukses dalam menggalas amanah di tempat baharu, serta sentiasa dipermudahkan dalam setiap urusan.
Selamat maju jaya!