26 Ogos 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) Bil. 16 Tahun 2026 telah diadakan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan mesyuarat berkala Jawatankuasa bagi membincangkan dan mempertimbangkan permohonan-permohonan cadangan pemajuan yang dikemukakan melalui Unit Pusat Setempat (OSC) MPKK.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim, dan dihadiri oleh ahli-ahli Jawatankuasa OSC yang terdiri daripada jabatan teknikal dalaman MPKK serta wakil-wakil agensi teknikal luaran.

Antara agensi yang terlibat ialah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah, Jabatan Kerja Raya Daerah Kulim/Bandar Baharu, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kulim/Bandar Baharu, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah, Jabatan Alam Sekitar, Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) Wilayah Kedah Selatan, Tenaga Nasional Berhad serta beberapa agensi lain yang berkaitan.

Sebanyak tujuh (7) permohonan cadangan pemajuan baharu dan lima (5) kertas perakuan kali kedua telah dibentangkan dan dipertimbangkan dalam mesyuarat kali ini. Permohonan tersebut merangkumi Pelan Kebenaran Merancang, Pelan Kerja Tanah, Pelan Jalan dan Parit dan Pelan Bangunan.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content