27 Ogos 2026 – Mesyuarat Majlis Penuh Bilangan 8 Tahun 2026 telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim (MPKK). Mesyuarat ini telah menghimpunkan Ahli-Ahli Majlis lantikan politik serta Ahli Majlis Ex-Officio daripada agensi teknikal daerah seperti Pejabat Daerah Kulim, PDRM, Pejabat Kesihatan dan PLANMalayasia@Kedah, JKR, JPS serta ketua jabatan dalaman MPKK.

Dalam ucapan aluan YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff menekankan bahawa penyampaian perkhidmatan pada masa kini berhadapan dengan pelbagai cabaran yang menuntut perubahan dalam kaedah dan budaya kerja. Pendekatan konvensional perlu ditransformasikan kepada kaedah yang lebih kreatif, pantas dan berkesan bagi memenuhi keperluan serta harapan rakyat.

Beliau turut menegaskan bahawa kerjasama, komitmen dan kesepakatan semua pihak amat penting dalam memperkukuhkan sistem pentadbiran serta memastikan perkhidmatan yang terbaik dapat disampaikan kepada masyarakat.

Mesyuarat pada kali ini turut menampilkan sesi taklimat berkaitan kawalan hidupan liar yang telah disampaikan oleh Encik Mohd. Khairuddin bin Johari, Ketua PERHILITAN Daerah Kuala Muda.

Selain itu, beberapa kertas kerja turut dibentangkan untuk pertimbangan Ahli Majlis. Mesyuarat turut meneliti Laporan Aduan Awam sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Majlis dalam memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan serta memastikan setiap isu yang dibangkitkan oleh masyarakat dapat diberikan perhatian dan tindakan sewajarnya.

Mesyuarat Majlis Penuh merupakan platform penting bagi memastikan setiap perkara melibatkan dasar, perancangan, pembangunan dan penyampaian perkhidmatan Majlis dapat dibincangkan serta dipertimbangkan secara menyeluruh demi kesejahteraan dan kepentingan warga Kulim.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content