
27 Ogos 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada Sekolah Menengah Agama (SMA) Tarbiah Diniah Kulim sebagai tanda keprihatinan susulan kejadian kebakaran yang berlaku di sekolah berkenaan sekitar bulan Julai yang lalu.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Tuan Haji Zaidi bin Zainun, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JPM) MPKK, bagi membantu pihak sekolah dalam usaha pemulihan akibat kejadian berkenaan.
Turut hadir dalam sesi penyampaian sumbangan ialah Tuan Haji Mohammad Iskandar Shah bin Ibrahim, Ahli Majlis MPKK Zon 3. Sumbangan disampaikan kepada Tuan Haji Kamaruddin bin Zakaria, Pengetua SMA Tarbiah Diniah Kulim.
Diharapkan bantuan yang diberikan dapat membantu meringankan beban pihak sekolah melaksanakan kerja-kerja pemulihan serta menyediakan semula persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif untuk para pelajar.
Warga MPKK mendoakan agar segala urusan pemulihan dipermudahkan serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat diteruskan dengan lancar.