Warga Kulim disarankan agar sentiasa peka terhadap keadaan semasa kualiti udara dan mengambil langkah penjagaan kesihatan yang bersesuaian, terutama bagi kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai masalah pernafasan.

Pastikan minum air secukupnya, gunakan pelitup muka sekiranya perlu dan sentiasa semak bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dari semasa ke semasa.

Sama-sama kita menjaga kesihatan diri, keluarga dan komuniti serta mengikuti nasihat dan perkembangan terkini daripada agensi berkaitan.

Semoga Allah SWT melindungi kita semua dan keadaan udara kembali pulih serta bertambah baik.

Sumber rujukan nasihat kesihatan : Kementerian Kesihatan Malaysia/Pejabat Kesihatan serta bacaan IPU Jabatan Alam Sekitar melalui https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main

#MajlisPerbandaranKulim

#PesananKhidmatMasyarakat

Skip to content