

𝐀𝐋𝐎𝐑 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑 – Sesi raptai penuh sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-69 telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Dataran Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah hari ini. Acara yang julung kali diadakan di perkarangan ikonik ini menampilkan perbarisan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta swasta yang bersiap sedia mempamerkan semangat patriotisme. Kehadiran kontinjen daripada sekolah-sekolah berdekatan, khususnya pasukan pancaragam yang menyampaikan alunan muzik bersemangat, turut menceriakan lagi suasana perbarisan dan menarik perhatian ramai penonton yang hadir seawal pagi.
Menariknya pada tahun 2026 ini, Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) turut tidak ketinggalan menjayakan perbarisan dengan menghantar kontinjen khas bagi menyerikan lagi perarakan Hari Kemerdekaan peringkat negeri. Cuaca cerah dan baik sepanjang hari menyumbang kepada kelancaran keseluruhan perjalanan raptai penuh tersebut, sekali gus memberi keyakinan tinggi bahawa majlis puncak Sambutan Hari Kemerdekaan ke-69 di Kedah akan berlangsung dengan lancar dan meriah.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1
