30 Ogos 2001 mencatatkan detik bersejarah buat Daerah Kulim apabila Majlis Daerah Kulim (MDK) secara rasmi diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Kulim (MPKK).

Pengisytiharan bersejarah ini berlangsung di Stadium Keladi, Kulim dan disempurnakan oleh Almarhum DYMM Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, dengan disaksikan oleh ribuan masyarakat Kulim.

Perjalanan ke arah kenaikan taraf perbandaran bermula sejak tahun 1995 sebelum memorandum rasmi cadangan kenaikan taraf dikemukakan pada 10 Julai 1996. Setelah melalui beberapa peringkat penelitian serta kelulusan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, usaha tersebut akhirnya membuahkan hasil apabila MDK dinaikkan taraf kepada MPKK pada tahun 2001.

Kini, genap 25 tahun penubuhan MPKK, pelbagai usaha dan pencapaian telah dilakar dalam menerajui pembangunan, pentadbiran serta kesejahteraan masyarakat Kulim.

Jubli Perak ini bukan sekadar meraikan usia, malah menjadi wadah untuk menghargai sebuah perjalanan yang sarat dengan komitmen, dedikasi dan transformasi dalam membangunkan Kulim sebagai sebuah kawasan perbandaran yang terus maju, sejahtera dan berdaya saing.

𝑲𝑼𝑳𝑰𝑴 𝑷𝑬𝑹𝑰𝑵𝑻𝑰𝑺 𝑲𝑬𝑴𝑨𝑱𝑼𝑨𝑵, 𝑴𝑬𝑵𝑬𝑹𝑨𝑱𝑼𝑰 𝑴𝑨𝑺𝑨 𝑯𝑨𝑫𝑨𝑷𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑫𝑨𝑯

MajlisPerbandaranKulim #JubliPerak25Tahun

Skip to content