Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah mengadakan Bengkel Bajet 2027 selama tiga (3) hari sebagai platform strategik bagi meneliti, menyelaras dan memperincikan perancangan kewangan serta keperluan setiap jabatan bagi tahun 2027.

Berteraskan tema “Keseimbangan Pengurusan Kewangan Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan”, bengkel ini memberi penekanan kepada penyediaan bajet yang lebih berhemah, mampan dan berimpak tinggi, dengan mengambil kira keutamaan pembangunan, pengukuhan hasil, keperluan perbelanjaan serta pelaksanaan dasar dan inisiatif baharu MPKK.

Bengkel ini turut menjadi medan bagi setiap jabatan membentangkan keperluan dan justifikasi peruntukan masing-masing untuk dinilai secara menyeluruh agar setiap perbelanjaan yang dirancang dapat memberikan nilai terbaik serta menyokong peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK bersama Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha MPKK turut hadir bagi meneliti cadangan dan permohonan bajet jabatan serta membincangkan hala tuju kewangan MPKK bagi memastikan pembangunan Bandar Kulim terus dilaksanakan secara terancang, mampan dan berorientasikan kesejahteraan rakyat.

Dalam amanatnya, YBhg. Dato’ Yang Dipertua menegaskan bahawa setiap warga kerja MPKK perlu terus meningkatkan komitmen, kecekapan dan kesungguhan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Beliau turut mengingatkan bahawa setiap sen yang dibayar oleh masyarakat merupakan satu amanah yang perlu diurus dengan penuh tanggungjawab bagi memastikan manfaatnya dikembalikan melalui pembangunan serta perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat dan Daerah Kulim.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua jabatan, pegawai serta urus setia yang telah memberikan komitmen sepanjang berlangsungnya bengkel ini.

Semoga hasil perbincangan dan penyelarasan yang dilaksanakan menjadi asas kukuh dalam menyediakan Bajet MPKK 2027 yang seimbang, berdaya tahan dan berimpak, seterusnya memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta kesejahteraan komuniti di Bandar Kulim.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim #BengkelBajet

Skip to content