PROGRAM KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69
17 Ogos 2026 – Semangat patriotik terus disemarakkan menerusi Program Kibar Jalur Gemilang Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 anjuran PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim (PBT TPHTK) yang berlangsung di Pekarangan Pejabat PBT TPHTK.
Program ini diserikan dengan penglibatan pelbagai agensi dan institusi di sekitar Kulim Hi-Tech Park (KHTP), antaranya Pejabat Daerah Kulim, Kulim Industrial Tenant Association (K.I.T.A),Kulim Technology Park Corporation (KTPC), Polis Hi-Tech, Hospital Kulim, SWCorp Kedah, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Imigresen KHTP, NUR Power, UniKL Kulim, Politeknik, Sekolah Rendah Taman Hi-Tech, POS Laju, Northern Techno City serta Bank Islam.
Antara pengisian program ialah nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Allah Selamat Sultan Mahkota, bacaan Ikrar Rukun Negara, ucapan Yang Berusaha Puan Sunita Abdul Aziz, Yang Dipertua PBT TPHTK serta penyerahan Jalur Gemilang kepada kenderaan konvoi yang mengambil bahagian dalam program pandu lalu.
Program ini bukan sahaja menjadi wadah untuk menyemarakkan semangat cintakan negara, malah turut memperkukuhkan hubungan kerjasama dan semangat kebersamaan antara PBT, agensi kerajaan, institusi pendidikan serta rakan strategik di KHTP.
Ayuh kita bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga dan kecintaan kepada Malaysia.
“Malaysia Tanah Airku, Jalur Gemilang Kebanggaanku!”