

1 September 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah menerima lawatan kerja daripada delegasi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bagi sesi perkongsian dan perbincangan berkaitan persediaan Penyediaan Nilaian Baharu 2030.
Delegasi MBPP diketuai oleh Sr. Khairul Anaz bin Murat, Timbalan Pengarah (Penilaian), Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Ketibaan delegasi telah disambut oleh Yang Dipertua MPKK, YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, diiringi barisan Pengarah Jabatan serta warga kerja MPKK.
Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh PMgr. Sr. Fauziah binti Abdul Mutalib, Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPKK. Ucapan balas pula disampaikan oleh Sr. Khairul Anaz bin Murat, Timbalan Pengarah (Penilaian), Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
Sesi taklimat yang dikendalikan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPKK memberi tumpuan kepada pelaksanaan migrasi data penilaian serta peralihan kaedah penilaian daripada Nilaian Tahunan berasaskan sewaan kepada Nilai Tambah berasaskan Nilai Pasaran. Sesi ini turut menjadi platform perkongsian pandangan, pengalaman dan amalan berkaitan pengurusan penilaian dalam usaha memperkukuh persediaan ke arah pelaksanaan Nilaian Baharu 2030.
MPKK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang atas kunjungan serta komitmen dalam menjayakan sesi perkongsian ilmu ini. Semoga kerjasama strategik antara kedua-dua pihak berkuasa tempatan terus diperkukuhkan demi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.