𝟓 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐉𝐈𝐓𝐑𝐀,𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇

Majlis Daerah Yan (MDY) telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Dart Beregu Terbuka Piala Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) 2026 yang berlangsung pada 5 September 2026 bertempat di Dewan Jitra, Kedah.

Sebanyak tiga regu telah mewakili MDY dalam kejohanan yang mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan sebanyak 82 pasukan dari beberapa negeri, antaranya Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak.

Penyertaan ini bukan sahaja memberi peluang kepada warga kerja MDY untuk menyerlahkan bakat dan kemahiran dalam sukan dart, malah turut menjadi medium untuk memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan mengeratkan hubungan silaturahim antara para peserta.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua wakil MDY atas komitmen, usaha dan semangat kesukanan yang telah ditunjukkan sepanjang kejohanan. 🎯👏

Majlis Daerah Yan turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur atas penganjuran kejohanan yang berlangsung dengan lancar dan meriah, serta tahniah kepada semua pasukan dan para pemenang yang berjaya.

Teruskan semangat bersukan dan teruskan mengharumkan nama MDY! 💪🎯

Skip to content