2 September 2026 – Satu majlis penuh bermakna telah berlangsung bagi menyaksikan detik penting penyerahan amanah dan tanggungjawab Pegawai Perancang Bandar dan Desa, Unit Pusat Sehenti (OSC). Puan Fakhriyah Binti Hanafi, Pengarah Unit Pusat Sehenti (OSC) secara rasmi menyerahkan tugas kepada Puan Asmaliza binti Shaidan bagi meneruskan tanggungjawab dan amanah dalam memastikan kelancaran pengurusan serta penyampaian perkhidmatan Unit Pusat Sehenti (OSC).

Penyerahan tugas ini disaksikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim serta Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha MPKK, sebagai tanda penghargaan dan sokongan berterusan kepada kedua-dua pegawai tersebut dalam memastikan kesinambungan pengurusan dan kecemerlangan perkhidmatan organisasi.

Turut hadir barisan pengarah jabatan serta wakil-wakil jabatan MPKK yang bersama-sama menyaksikan majlis serah terima tugas tersebut.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Fakhriyah Binti Hanafi atas segala sumbangan, komitmen serta dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang melaksanakan amanah di Unit Pusat Sehenti (OSC).

Selamat menjalankan tugas diucapkan kepada Puan Asmaliza binti Shaidan dalam meneruskan tanggungjawab sebagai Pengarah Unit Pusat Sehenti (OSC). Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, profesionalisme dan komitmen demi memastikan penyampaian perkhidmatan perbandaran yang cekap, berkualiti dan berkesan.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content