Sesi Libat Urus ‘The Greater Kedah’ bersama wakil Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Yan serta Majlis Daerah Yan telah diadakan bagi memperkukuh kefahaman serta mendapatkan pandangan dan input dalam usaha merealisasikan agenda pembangunan Negeri Kedah secara lebih menyeluruh.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato’ Muhamad Mahazi Ibrahim hadir dalam Sesi Libat Urus ‘The Greater Kedah’ yang berlangsung di Senjana Glamping Resort, Singkir Laut, Daerah Yan, di sini, hari ini.
Hadir sama Pegawai Daerah Yan, Ahmad Fuad Che Ani@Abd. Ghani; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah, Arif Hani Abd. Rahman; dan Sekretariat ‘The Greater Kedah’, Mohammad Afifi Mohammad.
Peserta mengikuti sesi pembentangan oleh pihak sekretariat sebelum diteruskan dengan sesi libat urus bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan).
Sesi libat urus dan lawatan ini diharap dapat memperkukuh kerjasama serta kesepakatan dalam kalangan penjawat awam negeri, sekali gus menyokong usaha merealisasikan aspirasi ‘The Greater Kedah’ sebagai pemangkin kepada pembangunan negeri Kedah yang lebih mampan dan berdaya saing.
Untuk Gambar :- https://www.facebook.com/share/p/1cCMdtLCPS/
