6 September 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah menerima lawatan kerja daripada Jabatan Perancangan Bandar, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) pada 6 September 2026 (Ahad).

Lawatan ini merupakan sesi penanda aras dan perkongsian ilmu berkaitan pembangunan serta pelaksanaan sistem digital, khususnya Sistem Semakan Pantas (Plan Xpress), Sistem Pangkalan Data Bersepadu (KiDS) dan Sistem E10 Plus.

Sesi taklimat dan perkongsian berkaitan sistem tersebut telah diketuai oleh Encik Muhamad Furkhon Bin Mokhtar, Pegawai Perancang Bandar, yang merangkumi penerangan serta perkongsian pengalaman berkaitan pelaksanaan sistem digital di MPKK.

Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan serta memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan digital.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content