Mesyuarat Pra-Bajet 2027 telah diadakan pada 7 September 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Yan dan dipengerusikan oleh Tuan Setiausaha, Encik Mohamad Izwan bin Dato’ Paduka Hj. Mohd. Omar.
Mesyuarat turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Unit serta Penolong Ketua Jabatan Majlis Daerah Yan.
𝐏𝐑𝐈𝐍𝐒𝐈𝐏 𝐁𝐀𝐉𝐄𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟕
• Nilai untuk wang (value for money).
• Keutamaan kepada keselamatan, penyampaian perkhidmatan dan aset kritikal.
• Pendigitalan, data dan teknologi bagi meningkatkan kecekapan.
• Penyelenggaraan preventif serta pengoptimuman aset sedia ada.
• Kelestarian alam sekitar serta peningkatan imej dan keboleh-huni Daerah Yan.
Mesyuarat ini turut memberi gambaran keseluruhan mengenai keperluan kewangan mengikut fokus dan jabatan, selain membantu dalam mempertimbangkan keutamaan, impak serta kemampuan kewangan Majlis.
𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐑𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐍
• Pembentangan cadangan keperluan Dasar Baharu dan One-Off bagi Tahun 2027 oleh setiap jabatan.
• Perbincangan Anggaran Hasil Tahun 2027.
• Perbincangan Cadangan Perbelanjaan Tahun 2027.
Perbincangan ini menjadi salah satu langkah penting dalam memastikan perancangan bajet yang berhemah, berimpak, berfokus serta dapat dipantau, selaras dengan keperluan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Mesyuarat telah tamat pada jam 7.00 petang.
