𝟖 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀

Majlis Daerah Yan (MDY) telah melaksanakan Operasi Angkut di sekitar Jalan Raya Kaki Gunung Jerai, Yan pada 8 September 2026.

Operasi ini dijalankan bagi menangani aktiviti perniagaan yang dijalankan di lokasi tidak dibenarkan, termasuk tindakan terhadap peralatan perniagaan yang ditinggalkan di kawasan awam.

Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan telah diambil dengan mengangkut dan menyita peralatan perniagaan yang ditemui di lokasi berkenaan.

Operasi ini merupakan antara usaha berterusan MDY dalam memastikan kawasan awam berada dalam keadaan bersih, kemas, selamat dan teratur, di samping memastikan pematuhan terhadap peraturan serta undang-undang kecil yang berkuat kuasa.

Majlis Daerah Yan menyeru agar semua peniaga sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dan menjalankan aktiviti perniagaan di lokasi yang dibenarkan.

Kerjasama dan pematuhan semua pihak amat dihargai demi mewujudkan persekitaran Daerah Yan yang lebih teratur dan selesa untuk semua.

Skip to content