𝟏𝟐 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐀𝐁𝐓𝐔

🌿 𝐊𝐎𝐍𝐕𝐄𝐍𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐏𝐈𝐇𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 🌿

Majlis Daerah Yan (MDY) telah menyertai Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2026 anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Turut hadir mewakili Majlis Daerah Yan ialah Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Ahmad Fuad Bin Che Ani @ ABD. Ghani, AMK., AMN., BCK., barisan Ahli Majlis serta pegawai-pegawai kanan MDY.

✨ 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍 – 𝐊𝐄𝐊𝐀𝐋 𝟓 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 ✨

MDY berjaya mengekalkan taraf 5 Bintang SPB-PBT Tahun 2026, sekali gus berada di kedudukan ke-8 terbaik daripada 92 PBT bertaraf daerah seluruh Malaysia serta tempat pertama bagi PBT bertaraf daerah di Negeri Kedah.

🏆 𝐍𝐨. 𝟏 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 (𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡) | 𝟓 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga kerja Majlis Daerah Yan atas komitmen dan kerja berpasukan dalam mencapai kejayaan ini.

𝐌𝐃𝐘 – 𝟓 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆, 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆! ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Skip to content