KUNJUNGAN HORMAT PANGLIMA 6 BRIGED KE ATAS YANG DIPERTUA MPSPK

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah telah menerima kunjungan hormat daripada Panglima 6 Briged, Brigedier Jeneral Mohd Fouzi bin Sulaiman di Menara MPSPK, Sungai Petani.

Kunjungan hormat ini merupakan platform penting dalam memperkukuhkan hubungan strategik dan kerjasama antara pihak berkuasa tempatan dengan Angkatan Tentera Malaysia. Pertemuan tersebut turut membuka ruang perbincangan berkaitan perancangan dan pelaksanaan program yang bakal dianjurkan dalam masa terdekat, termasuk Mini Karnival Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) Tahun 2026. ‎

MPSPK sentiasa komited dalam menjalin kerjasama erat dengan pelbagai agensi kerajaan dan badan beruniform bagi memperkasakan pembangunan komuniti, memupuk semangat patriotisme serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Kunjungan hormat tersebut diakhiri dengan sesi menandatangani buku pelawat dan pertukaran cenderamata sebagai simbol penghargaan serta tanda pengukuhan hubungan baik antara kedua-dua pihak.

Semoga jalinan kerjasama yang terjalin ini terus diperkukuhkan demi kemajuan Sungai Petani dan kesejahteraan rakyat.

Klik untuk gambar sekitar program.

Skip to content