10 September 2026 – Bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-25 (Jubli Perak) Majlis Perbandaran Kulim (MPKK), Majlis Bacaan Yasin secara serentak telah diadakan melibatkan zon-zon Ahli Majlis MPKK di masjid dan surau sekitar kawasan pentadbiran Majlis.

Program ini diadakan sebagai tanda kesyukuran atas perjalanan, perkembangan dan pencapaian Majlis Perbandaran Kulim sepanjang 25 tahun, di samping memohon keberkatan agar segala urusan, amanah dan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh pihak Majlis terus dipermudah, diberkati serta memberi manfaat kepada masyarakat.

Penganjuran majlis secara serentak ini melibatkan kerjasama Ahli-Ahli Majlis, Pegawai Kawasan (Area Officer), warga MPKK, Ahli Jawatankuasa masjid dan surau serta komuniti setempat di zon masing-masing.

𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐥𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐢𝐛𝐚𝐭 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡:

𝐙𝐨𝐧 𝟎𝟏 – 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐀𝐭-𝐓𝐚𝐮𝐟𝐢𝐪, 𝐀𝐲𝐞𝐫 𝐌𝐞𝐫𝐚𝐡

𝐙𝐨𝐧 𝟎𝟐 – 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐆𝐡𝐚𝐢𝐫𝐮𝐥 𝐉𝐚𝐦𝐢’ 𝐀𝐧 𝐍𝐚𝐣𝐚𝐡, 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐭𝐢

𝐙𝐨𝐧 𝟎𝟑 – 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐌𝐮𝐭𝐡𝐦𝐚𝐢𝐧𝐢𝐧𝐧𝐚𝐡, 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮 𝐁𝐞𝐧𝐝𝐚𝐡𝐚𝐫𝐚

𝐙𝐨𝐧 𝟎𝟓 – 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐮 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧, 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐮𝐧𝐢𝐧𝐠

𝐙𝐨𝐧 𝟎𝟔 – 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧, 𝐒𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢 𝐔𝐥𝐚𝐫 𝐙𝐨𝐧

𝟎𝟕 – 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐮 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐓𝐨𝐤 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥

𝐙𝐨𝐧 𝟎𝟖– 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐮 𝐀𝐧-𝐍𝐮𝐫, 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐂𝐞𝐧𝐝𝐚𝐧𝐚

𝐙𝐨𝐧 𝟎𝟗 – 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐀𝐥-𝐌𝐮𝐪𝐚𝐫𝐫𝐚𝐛𝐢𝐧, 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐬𝐚𝐧𝐚

𝐙𝐨𝐧 𝟏𝟎 – 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚, 𝐒𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢 𝐋𝐢𝐦𝐚𝐮 𝐙𝐨𝐧 𝟏𝟏 – 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐀𝐥 𝐌𝐮𝐡𝐭𝐚𝐝𝐢𝐧, 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐒𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢 𝐒𝐞𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠

𝐙𝐨𝐧 𝟏𝟐– 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐮 𝐀𝐬-𝐒𝐲𝐚𝐤𝐢𝐫𝐢𝐧, 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐧𝐠𝐤𝐨𝐧𝐠

𝐙𝐨𝐧 𝟏𝟑– 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐀𝐥 𝐀𝐛𝐫𝐚𝐫, 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐆𝐞𝐦𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠

𝐙𝐨𝐧 𝟏𝟒– 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐮 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐢𝐳𝐢𝐧, 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐏𝐊𝐍𝐊 & 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐚𝐬𝐚

𝐙𝐨𝐧 𝟏𝟓 – 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐮 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐥𝐚𝐡, 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐚𝐢 𝐖𝐚𝐧𝐠𝐢 𝟑 & 𝟒

𝐙𝐨𝐧 𝟏𝟔 – 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐀𝐥-𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝𝐢, 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐡𝐬𝐮𝐫𝐢

𝐙𝐨𝐧 𝟏𝟕– 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐀𝐫 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐧, 𝐏𝐞𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐡𝐚𝐧𝐠

𝐙𝐨𝐧 𝟏𝟖 – 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐮 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐥𝐚𝐡, 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐒𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠

Majlis Bacaan Yasin ini turut menjadi wadah untuk seluruh warga Majlis dan komuniti setempat bersama-sama memanjatkan doa agar Majlis Perbandaran Kulim terus diberikan kekuatan dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah, di samping mendoakan kesejahteraan, kemakmuran dan keharmonian seluruh masyarakat di daerah Kulim.

Sebagai tanda penghargaan atas sokongan, kerjasama dan komitmen yang diberikan, sijil penghargaan turut disampaikan kepada pihak masjid dan surau yang terlibat dalam menjayakan penganjuran majlis ini.

Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Ahli-Ahli Majlis bersama Pegawai Kawasan (Area Officer) di zon masing-masing sebagai simbol penghargaan pihak Majlis terhadap peranan dan sumbangan institusi masjid serta surau dalam memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan dengan komuniti.

Majlis Perbandaran Kulim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh Ahli Jawatankuasa masjid dan surau yang telah memberikan kerjasama, sokongan serta komitmen dalam memastikan kelancaran penganjuran program ini.

Penghargaan dan terima kasih turut ditujukan kepada seluruh komuniti setempat serta para jemaah muslimin dan muslimat yang telah meluangkan masa untuk hadir dan bersama-sama mengimarahkan masjid dan surau di zon masing-masing. Kehadiran serta sokongan semua pihak amat bermakna dalam menyemarakkan semangat ukhuwah, kebersamaan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat.

Semoga segala bacaan, doa dan munajat yang dipanjatkan diterima serta diberkati oleh Allah SWT, dan semoga Majlis Perbandaran Kulim terus melangkah maju dalam memberikan perkhidmatan terbaik serta menerajui pembangunan yang mampan demi kesejahteraan masyarakat Kulim.

Selamat Ulang Tahun Ke-25 (Jubli Perak) Majlis Perbandaran Kulim.

Kredit FOTO : Komuniti Zon Ahli Majlis

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim#JubliPerakMPKK#25TahunMPKK

Skip to content