




9 September 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) melalui Jabatan Kejuruteraan telah melaksanakan kerja-kerja pembaikan longkang di Taman Melur bagi memastikan sistem perparitan berada dalam keadaan baik, selamat dan berfungsi dengan lancar.
Tindakan ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan MPKK dalam memastikan kemudahan awam sentiasa terpelihara demi keselesaan warga setempat.
Terima kasih kepada warga Kulim atas keprihatinan dan kerjasama dalam menyalurkan aduan. Setiap maklum balas membantu MPKK bertindak dengan lebih cepat dan berkesan.
Bersama-sama kita jadikan Kulim lebih indah, bersih, maju dan selamat.
“𝑴𝑷𝑲𝑲 𝑴𝒆𝒏𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒓, 𝑴𝑷𝑲𝑲 𝑩𝒆𝒓𝒕𝒊𝒏𝒅𝒂𝒌”